Respirasi
- Sistem pengambilan oksigen (O2) dari udara dan penyingkiran karbon dioksida (CO2) dan wap air.Sistem pernafasan mengandungi 4 komponen iaitu:
- Laluan Udara (Airway) mulai dari hidung / mulut ke paru-paru.
Laluan Udara Atas Laluan Udara Bawah
Hidung dan Mulut Trakea
Tekak (faring) Bronkus
Kotak Suara (laring) Bronkiol Alveolus
2. Paru-Paru (Pulmonari) – sepasang organ
yang terletak di ruang toreks dan dilindungi oleh sangkar rusuk,otot-otot
interkosta,tulang vertebra dan tulang sternum. Paru-paru berbentuk kon – 3 segmen di kanan dan 2 segmen di
kiri yang memenuhi rongga dada. Paru-paru diselaputi oleh selaput yang dipanggil pleura. Di
dalamnya terdapat berjuta-juta alveolus yang disaluti kapilari di mana
berlakunya pertukaran gas.
3. Pusat Pergerakan Pernafasan dan Otot (neuromuscular Apparatus) – tulang-tulang
rusuk, tulang strenum, diafragma dan otot-otot dada (Intercostal
muscles).Satu bahagian di otak yang mengawal dan menggerakkan
tulang-tulang rusuk, otot-otot interkostal dan diafragma semasa mengembangkan / menguncupkan ruang rongga dada untuk pernafasan.
4. Saluran Darah (vessels) – Vena, arteri,
kapilari. Arteri pulmonari membawa darah yang tidak beroksigen
dari jantung ke paru-paru. Jaringan kapilari membuat pertukaran oksigen dan
karbon dioksida dengan alveolus. Vena pulmonari membawa darah beroksigen dari
paru-paru ke jantung.
Laluan pernafasan
Udara masuk melalui hidung dan mulut melalui faring dan laring ke trakea. Trakea membahagi kepada dua cabang, bronkus kanan dan kiri, sebelum memasuki paru-paru. Di dalam paru-paru, setiap bronkus membahagi untuk membentuk banyak saluran tang dipanggil bronkiol. Bronkiol membahagi lagi dan berakhir di dalam sekumpulan pundi udara yang berdinding nipis dipanggil alveolus. Purata pernafasan seseorang antara 12 hingga 20 kali seminit dan memerlukan 800ml udara bergantung kepada 3 gerakan iaitu:

a) Tarik nafas (inspiration)
b) Hembus nafas (expiration)
c) Rehat (pause)
Mekanisma pernafasan berlaku secara automatik. Ianya
berterusan tanpa memerlukan apa-apa usaha atau bantuan. Menarik dan
menghembus nafas berlaku dengan kombinasi antara otot-otot dada, diafragma dan
tulang rusuk yang bertindak membesarkan dan mengecilkan Rongga Dada untuk membolehkan udara masuk (inspiration) dan keluar (expiration) pada paru-paru..
Tujuan pernafasan adalah untuk membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan CO2 dari darah keluar tubuh badan. Komposisi udara yang masuk melalui pernafasan adalah seperti berikut:
Tujuan pernafasan adalah untuk membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan CO2 dari darah keluar tubuh badan. Komposisi udara yang masuk melalui pernafasan adalah seperti berikut:
a) 78% Nitrogen
b) 21% Oksigen
c) 1% Lain-lain gas
Daripada 21% oksigen yang masuk ke dalam paru-paru, hanya 5% sahaja akan diambil untuk kegunaan tubuh badan manakala baki 16 % lagi akan dihembuskan keluar bersama CO2. dan hasil buangan yang lain (wap air).
Pernafasan terdiri daripada 3 fasa iaitu:
Clik imej untuk melihat sistem pernafasan berfungsi :
1. Menarik nafas (inspiration)
Semasa menarik nafas otot tulang rusuk (intercostal) akan
mengecut.
Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan dada akan bergerak
ke hadapan menyebabkan sangkar rusuk mengembang.
Diafragma akan mengecut dan meleper.
Tekanan di dalam sangkar rusuk akan menjadi rendah
menyebabkan udara masuk ke paru-paru.
2. Menghembus nafas (expiration)
Semasa menghembus nafas otot tulang rusuk (intercostal) akan
berehat.
Sangkar rusuk akan turun dan dada akan bergerak ke dalam
menyebabkan sangkar rusuk mengecil.
Diafragma akan berehat dan melengkung ke atas.
Tekanan di dalam sangkar rusuk akan menjadi tinggi
menyebabkan udara keluar dari paru-paru.
3. Rehat (pause)
Peringkat ini adalah peringkat berehat sebentar diantara
menarik dan menghembus nafas

No comments:
Post a Comment